KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa AS$681 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2013 adalah hasil daripada aktiviti haram.
Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) ACP Foo Wei Min, berkata berdasarkan siasatannya, US$681 juta itu berasal daripada bon AS$3 bilion 1MDB, dimasukkan ke dalam akaun Najib di Ambank yang nombor berakhir dengan 694, antara 22 Mac dan 10 April, 2013.
Saksi pendakwaan ke-48 itu juga berkata sebelum AS$681 juta dimasukkan ke akaun itu, akaun Najib mempunyai baki sebanyak RM879.8 juta, yang beliau katakan sebagai daripada "sumber yang sah".
Saksi berusia 47 tahun itu berkata beliau menggunakan kaedah siasatan 'First In, First Out' (FIFO) atau 'Masuk Dahulu, Keluar Dahulu' yang digunakannya untuk menentukan sama ada dana dalam akaun Najib adalah haram atau bersih.
Pada akhir prosiding hari ini di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memberitahu mahkamah bahawa Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Superintendan Kanan Nur Aida Arifin akan menjadi saksi seterusnya, bagaimanapun, mereka boleh tidak memanggilnya kerana mereka masih belum menyerahkan keterangan saksi kepada pembelaan.
"Selain itu, pihak pendakwaan masih menunggu dokumen hari ini untuk dikemukakan sepenuhnya di mahkamah dan dimasukkan dalam kenyataan pegawai penyiasat sebelum menyerahkannya kepada pihak pembelaan.
"Pendakwaan hampir di penghujung kes. Pihak pembelaan masih belum menyelesaikan pemeriksaan balas terhadap beberapa saksi iaitu bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan penganalisis BNM Adam Ariff Mohd Roslan," kata pendakwa raya.
Hakim: Tiada lagi saksi lain?
Ahmad Akram: Itu akan menjadi saksi terakhir kita (pegawai penyiasat), Yang Arif.
Hakim Sequerah: Lepas tu tutup kes?
Seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar menjawab: "Pada peringkat ini Yang Arif, melainkan dan sehingga perkara lain timbul,"
Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan bersambung 24 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2023
Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - Gambar fail/BERNAMA
Kemalangan di Gua Musang: Suami isteri maut, dua anak cedera
Seorang anggota tentera bersama isteri maut manakala dua anak mereka cedera dalam kemalangan di Kilometer 43 Jalan Gua Musang-Lojing hari ini.
Rotasing! Apa lagi yang peserta bakal tonjolkan
Sudah tiga minggu berlangsung peserta The Hardest Singing Show (THSS) benar-benar memberikan kreativiti terbaik bagi menyahut setiap cabaran yang diberikan.
Namun apakah tema untuk minggu ini?
Rakan setugas Asyraf sudah sedia untuk membawakan laporan mingguan THSS.
Namun apakah tema untuk minggu ini?
Rakan setugas Asyraf sudah sedia untuk membawakan laporan mingguan THSS.
Rakyat Israel gesa Netanyahu terima perjanjian yang dicadang Biden
Ribuan warga Israel bersama keluarga tebusan dan penyokong menuntut Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk menerima perjanjian yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
Arab Saudi keluarkan visa mujamalah
Bagi jemaah haji yang mahu mendapatkan visa mujamalah untuk mengerjakan haji, Lembaga Tabung Haji menasihatkan untuk lebih cakna dan memilih daripada senarai 25 syarikat yang dilesenkan di bawah TH.
Gempa bumi lemah dikesan berdekatan Semporna
Satu gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter dikesan 50 kilometer (km) dari Semporna, Sabah pada 2.49 petang Ahad.
Kerajaan sedia pelbagai inisiatif bagi majukan TVET- Ahmad Zahid
Kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif untuk memajukan Pendidikan dan Latihan dan Teknikal Vokasional (TVET) di negara ini.
Enam ahli Parlimen dan seorang ADUN Bersatu gugur ahli, hilang kerusi
Enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN Bersatu digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan bertulis MPT untuk ikrar taat setia.
Buat aduan kepada IPCC sekiranya ragu siasatan kes - Azalina
Mana-mana pihak boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang telah diwujudkan sebagai langkah alternatif selaras dengan komitmen kerajaan MADANI untuk melindungi hak rakyat terutama golongan rentan.
[TERKINI] Telefon bimbit dirampas untuk siasatan
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan bahawa polis merampas telefon bimbit ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin untuk membantu siasatan.
Tinjauan kesihatan dan morbiditi kebangsaan
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 (Akta 852) akan dikuatkuasakan bermula tahun ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata Rang Undang-Undang (RUU) antimerokok yang diluluskan di Dewan Negara pada Disember lalu itu sudah pun diwartakan Februari lalu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata Rang Undang-Undang (RUU) antimerokok yang diluluskan di Dewan Negara pada Disember lalu itu sudah pun diwartakan Februari lalu.
Bicara 1MDB babit Najib selesai hari ini
Pihak pendakwaan menutup kes berkenaan sejurus semua 50 individu selesai memberi keterangan terhadap bekas Perdana Menteri berkenaan.
Rayuan Najib hadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB ditolak
Permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan beliau menghadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB, ditolak.
Najib cuba sekat siasatan SPRM terhadap 1MDB - Saksi
Mahkamah diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak telah cuba menyekat siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap 1MDB.
Jho Low catur operasi 1MDB - Saksi
Penyiasat SPRM bersetuju di Mahkamah Tinggi bahawa Jho Low mencatur semua operasi dalam syarikat 1MDB.
Titah Adendum: MB Pahang sokong permohonan Najib isu tahanan rumah
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengikrarkan perkara itu menerusi firma guaman, Tetuan Shafee & Co, di Mahkamah Tinggi, pada Selasa minggu lalu.
1MDB, pegawai bank tidak pernah bersubahat tipu Najib - Saksi
Pengurusan 1MDB dan beberapa pegawai bank tidak pernah bersubahat untuk menipu Najib serta rakyat Malaysia berhubung pelaburan syarikat itu, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
Tahanan rumah Najib mungkin bincang minggu depan - Fahmi
Fahmi berkata, Anwar dijangka pulang daripada lawatan rasmi di luar negara pada minggu depan.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.